- Home
- Destination
- View
History
- Muzium ini terletak di Kuala Perlis, Perlis dikawasan yang dikelilingi oleh Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara.
- Muzium ini didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga DiRaja Kedah-Perlis.
- Ini adalah berdasarkan tinggalan sejarah yang terdapat di sekitar kawasan seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah (Sultan Kedah Ke 15 yang mendirikan sebuah kota berhampiran Sungai Wai yang di beri nama sebagai Indera Kayangan).
- Ia juga di bina berhampiran dengan Terusan Kayang yang merupakan terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung Malaysia.
- Muzium ini telah dibuka kepada orang awam pada bulan September 2001
Description
Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.
Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang.
Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Bayaran masuk percuma.
Sumber: Jabatan Muzium Malaysia
Facility
- Bus Parking
- Car Parking
- Toilet
- Campground
- Masjid / Surau
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews