- Home
- Destination
- View
History
- Hutan Lipur Bukit Kubu terletak di Kuala Perlis, Perlis.
- Hutan Lipur ini merupakan tempat beriadah yang selalu dikunjungi oleh penduduk di kawasan Kuala Perlis.
- Hutan Lipur Bukit Kubu berkeluasan 183.70 hektar persegi dan mula dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1992.
- Kawasan yang berkeluasan 183.70 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai hutan simpanan bermula dari Bukit Papan sehingga Bukit Kubu.
- Hutan Lipur Bukit Kubu memiliki keluasan 12 hektar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur.
Description
Hutan Lipur Bukit Kubu terletak di Kuala Perlis, Perlis. Hutan Lipur ini merupakan tempat beriadah yang selalu dikunjungi oleh penduduk di kawasan Kuala Perlis. Hutan Lipur Bukit Kubu dengan keluasan 183.70 hektar persegi, mula dibangunkan oleh kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1992.
Bermula dari Bukit Papan sehingga Bukit Kubu dengan keluasan 183.70 hektar persegi, ia telah diwartakan sebagai hutan simpanan. Hutan Lipur Bukit Kubu memiliki keluasan 12 hektar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk pengunjung-pengunjung. Hutan Lipur Bukit Kubu agak unik kerana ia memiliki ketinggian yang mencapai 150 hingga 200 meter dari aras laut, dan dilengkapi dengan tempat untuk melihat pemandangan sekeliling yang
disediakan. Di samping itu, terdapat gua semulajadi seperti Gua Ikan dan Gua Harimau yang mana di pintu masuk setiap gua tersebut terdapat beberapa kolam semulajadi yang sangat besar. Dari puncak ketinggian Hutan Lipur Bukit Kubu, para pengunjung dapat melihat seluruh Pekan Kuala Perlis dan Pulau Langkawi.
Selain itu, sepanjang pendakian, pengunjung juga dapat melihat pelbagai flora dan fauna terdapat di sekeliling ekosistem alam. Di tengah-tengah Hutan Lipur Bukit Kubu terdapat sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasek Putri Kayang yang berkeluasan 2 hektar. Hutan Lipur Bukit kubu sangat sesuai bagi pengunjung yang suka akan aktiviti riadah seperti bersenam, berjoging, meneroka gua-gua semulajadi dan juga mendaki gunung.
Facility
- Car Parking
- Masjid / Surau
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews